Wednesday 23 February 2011

Kaunselor dan kaunseling


Secara mudah dan senang difahamni kaunselor adalah orang yang menjalankan perkhidmatan "bimbingan" dan "kaunseling".Manakala kaunseling pula ialah sesuatu hubungan yang dinamik dan bertujuan di antara dua manusia (Wrenn, 1951). Juga kaunseling ialah mengenai menolong individu bagaimana dia boleh menyesuaikan diri dengan alam sekelilingnya (Perry, 1955). Kaunseling ialah suatu proses yang melibatkan perhubungan di antara seorang terapis dengan seorang klien atau lebih, yang mana terapis menggunakan kaedah-kaedah psikologi berdasarkan kepada pengetahuan yang sistematik mengenai personaliti dalam usaha memperbaiki kesihatan mental klien ( Patterson, 1967).Kaunseling merupakan suatu proses menolong individu supaya lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana dia bergerak balas kepada pengaruh-pengaruh alam sekelilingnya.

Menjadi seorang kaunselor bukan bermakna diri kita adalah seorang yang hebat, yang boleh ‘menaklok’ segala masalah, boleh melihat masalah dari raut wajah seseorang dan sebagainya. Fungsi kerja seorang kaunselor adalah didasarkan kepada falsafah kaunseling itu sendiri iaitu;Kaunseling adalah berdasarkan pada pengiktirafan tentang digniti dan harga diri seseorang individu dan haknya untuk mendapat pertolongan pada waktu yang diperlukan. Kaunseling perihatin pada perkembangan optimum keseluruhan individu. Kaunseling mestilah menghormati hak individu menerima atau menolak pertolongan dan khidmat yang diberi padanya. Kaunseling berkisar di sekitar kerjasama dan bukan paksaan. Kaunseling mestilah diserahkan kepada orang yang mempunyai latihan dan pengalaman dibidang tersebut.Fokus kaunseling ialah menolong individu menyedari dan menggunakan potensi dan keupayaannya dan bukan hanya menyelesaikan masalah yang ‘isolated’ atau berasingan.

Islam juga menekankan betapa pentingnya peranan kaunselor dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri kaunselor yang baik antaranya:

1. Hikmah (bijaksana)

Kaunselor hendaklah menggunakan kebijaksanaannya dalam ia menerima pelanggan (klien) dengan hati terbuka, menggunakan tutur kata yang baik dan menyenangkan atau cara kasar mengikut rentak yang sesuai dengan pelanggan yang ganas sekiranya cara itu boleh menawan hati pelanggan dan melemahkannya sebelum diajak berbincang dalam suasana penuh kemesraan.

2. Mau’izah (pengajaran yang baik)

Apabila kaunselor bertindak memberi nasihat dengan penuh kasih sayang dan ikhlas hati dengan mengemukakan buruk baiknya sesuatu itu agar pelanggan dapat membuat pertimbangan yang wajar berdasarkan Rasulullah sendiri pun diutuskan untuk menyatakan khabar berita yang menggembirakan dan khabar berita yang menakutkan

3. Mujadalah (dialog)

Berdialog dengan kliennya dengan memberikan hujjah-hujjah yang munasabah dan bersesuaian dengan masalah yang dihadapi, oleh itu, kaunselor juga harus ada ilmu dan pengalaman supaya ia boleh dijadikan garis panduan ketika membantu klien.

4. Ilmu Allah

Qada dan Qadar itu rahsia Allah dan tidak ada sesiapa yang mengetahuinya, maka hal ini boleh diambil pakai untuk kaunseling klien yang bermasalah bagi mencari ketenteraman jiwa.

No comments:

Post a Comment